BRIM merupakan keinginan rakyat, kata Najib

Najib : BRIM tidak gagal, rakyat mahukan lebih!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulas bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bukanlah suatu kegagalan seperti kritikan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pemberian wang tunai secara terus itu. Najib juga berkata bahawa status BRIM ialah cara kerajaan menggunakan dana awam untuk membantu rakyat Malaysia menangani kenaikan kos, dengan menambah bahawa ini suatu perkara yang penting pada pembangunan negara daripada hanya menumpukan pada projek-projek besar.

“Jika beliau (Mahathir) tidak bersetuju dengan saya, saya fikir ini sesuatu yang bagus. Jika BRIM digunakan dengan cara yang betul, rakyat boleh menggunakan duit tersebut untuk membeli nasi, susu, gula dan pakaian untuk anak-anak,” katanya dalam sebuah ucapan sewaktu mesyuarat Umno veteran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. “Kita tidak sepatutnya hanya mengutamakan projek-projek besar.

Continue reading

Tarikh BR1M 2017 disusun

Pada tahun 2017 yang akan datang, kemaskini BR1M hanyalah untuk keperluan, kata Perbendaharaan Bantuan Rakyat 1Malaysia. BR1M secara atas talian akan disusun semula supaya bermula tahun 2017, ianya hanya akan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah untuk membeli barangan keperluan, kata pegawai tinggi Kementerian Kewangan hari ini, dalam usaha untuk mencari jalan mencegah penyalahgunaannya.

Baru-baru ini diumumkan dalam Bajet 2017, Putrajaya menaikkan pembayaran kemaskini BR1M sebanyak RM300. Isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dianggarkan menerima RM950, meningkat daripada RM650, manakala bagi mereka yang berpendapatan antara RM3,000 dan RM4,000 akan menerima RM750. Panduan semakan status BR1M boleh dibuat di sini.

Continue reading

BRIM 2017 online dilaras semula

Sementara jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2017 telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 tahun ini, ahli ekonomi dan aktivitis merasakan pemberian BRIM perlu dilaras semula untuk memastikannya memenuhi tujuan mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup. Memandangkan ianya akan menjadi urusan tahunan dan jumlah pembayaran akan meningkat beberapa tahun akan datang, ianya wajar bagi kerajaan memperhalusi cara yang digunakan, kata pengarah eksekutif Institut Kajian dan Pembangunan Sosio- Ekonomi (Institut SEDAR) Ivanpal S. Grewal.

“Mungkin mereka boleh melihat pada pembayaran berkala, contohnya setiap tiga atau empat bulan,” beritahunya pada Bernama. Menyebut satu contoh, jika online BRIM dinaikkan kepada RM1,200 setiap tahun pada masa akan datang, ini bermaksud pembayaran sebanyak RM100 setiap bulan bagi isi rumah yang layak.

Continue reading

Kenaikan jumlah bantuan BRIM (5.0) tahun 2017

Rancangan untuk mengedarkan bentuk baru BRIM telah diuar-uarkan oleh pelbagai pihak lantaran ianya dapat membantu menyelesaikan “kelopongan” dalam pembahagian wang tunai sedia kini. Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ismail Sualman berkata rujukan yang berpotensi daripada pemberian wang kepada setem makanan atau kad khas sudah pastinya dapat memperbaiki sistem. “Saya rasa kerajaan sedang berusaha menyelesaikan beberapa kelemahan yang mungkin berlaku sewaktu pembahagian bantuan kewangan BRIM,” katanya apabila dihubungi. Antara kelemahan tersebut, menurutnya, ialah sistem pengesahan yang tidak cekap dan pemberian wang kepada individu yang tidak layak. Ismail berkata beliau lebih gemar jika kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem kad khas daripada setem makanan.

“Setem makanan tersebut mungkin terhad kepada sebahagian barang yang mungkin tidak diperlukan penerima,” tambahnya. Di Amerika Syarikat juga ada program setem makanan yang serupa dikenali sebagai Supplemental Nutrition Assistance Program (SNAP) yang memberikan bantuan pembelian makanan kepada golongan berpendapatan rendah dan yang tiada pendapatan. Akan tetapi, setem tersebut hanya boleh digunakan untuk membeli buah-buahan, sayur- sayuran, roti, bijirin, produk tenusu, daging, ikan dan ayam. Semalam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kerajaan sedang mencari kaedah baru untuk memberikan bantuan BRIM 5.0 2017, berkemungkinan ianya dalam bentuk setem makanan atau MyKad untuk pembelian barangan runcit dan barangan isi rumah. Ini,katanya, adalah untuk memastikan supaya bantuan boleh diberikan secara sama rata sepanjang tahun.

Continue reading

Penerima BRIM bakal terima Digital TV

Penerima BRIM 2017 akan menerima televisyen digital secara percuma. Televisyen digital terestrial (DTT) tersebut akan dapat dinikmati 2 milion penerima BRIM, di mana mereka akan dapat menikmati siaran berdefinisi tinggi (HD) dan siaran tempatan percuma (FTA) apabila set dekoder diagihkan bermula Januari ini.

“Set dekoder tersebut kemudiannya akan dijual kepada pelanggan yang melanggan rancangan tempatan percuma, dan mungkin hanya berharga ratusan ringgit sahaja” kata timbalan pengurus projek Puncak Semangat Sdn Bhd, Mohamed Redzwan Yahya kepada pihak media.

Continue reading