Program BRIM 2018

MCA Bahagian Kampar bakal menganjurkan “Program BR1M 2018” pada bulan April, khusus untuk membantu rakyat di kawasan Parlimen Kampar menyelesaikan permohonan dan rayuan mereka berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Program yang dianjurkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Lee Chee Leong yang juga merangkap Ketua MCA Bahagian Kampar itu bertujuan membantu menyelesaikan rugutan orang awam terutamanya di kawasan Parlimen Kampar.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, program itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Majlis Daerah Kampar.

Terdahulu telah berlangsung Program CTC Mobile Kementerian Kewangan pada 25 Januari lalu.

Idea penganjuran “Program BR1M 2017 Kampar” merupakan cetusan idea hasil daripada maklumat yang dikumpulkan oleh Parti Komponen BN Bahagian Kampar sendiri apabila kebanyakan pemohon menyatakan kesukaran untuk mengemukakan permohonan rayuan tersebut di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Ipoh memandangkan ianya merupakan satu-satunya Cawangan LHDN yang terdekat.

Sehubungan itu, khusus bagi “Program BR1M 2018”, LHDN akan menyediakan kaunter khidmat pelanggan bagi memudah proses mengemukakan Permohonan Rayuan BR1M khususnya bagi penduduk di Parlimen Kampar.

Pemohon diingatkan supaya menyediakan dokumen lengkap seperti yang disenaraikan melalui Surat Pemakluman Permohonan Rayuan BR1M sebelum dikemukakan ke kaunter-kaunter yang disediakan.

Rakyat Parlimen Kampar yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung program ini boleh menghubungi Sekretariat BR1M 2018 di talian 05-4667677.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *