Kemaskini BRIM 2017

Kemaskini BRIM 2017

Kemaskini BRIM 2017 boleh dilakukan secara atas talian biarpun sistem ini perlukan ruang untuk diperbaiki. Sejak tahun 2013 sehingga ke tahun ini, tahun 2017, pihak berkuasa semakin cekap dalam mengendali pengguna yang membuat kemaskini BRIM mereka secara atas talian. Seperti yang diingati beberapa tahun yang lepas, laman sesawang BRIM begitu lambat dan tidak boleh diakses akibat orang ramai melayari laman tersebut secara serentak.

Pemohon yang sudah menerima BRIM tidak perlu membuat kemaskini tetapi dinasihatkan untuk log masuk ke dalam sistem untuk menyemak semula nombor akaun bank dan alamat rumah. Pemohon yang baharu perlu memberikan nombor akaun bank untuk menerima wang bantuan tersebut.

Langkah melakukan Kemaskini BRIM tahun 2017

Langkah pertama : klik pada menu “Kemas Kini Permohonan”

Langkah kedua : masukkan nombor IC anda pada ruang yang disediakan. Selepas menekan butang, anda akan dibawa ke laman seawang yang penuh dengan ruangan kosong.

Langkah ketiga : isikan maklumat peribadi pemohon. Sila isi semua ruang yang disediakan secara tepat, kerana maklumat-maklumat ini akan mempengaruhi keputusan BRIM anda.

Anda akan dimaklumkan ‘status berjaya’ apabila kemaskini anda siap dihantar. Jangan sesekali mengisi untuk rakan atau ahli keluarga kerana dikhuatiri maklumat yang dimasukkan tidak tepat. Sebarang perubahan maklumat boleh menyebabkan kesulitan dan mengambil masa yang lama, oleh itu berhati-hati ketika memasukkan sebarang data.

Anda boleh menekan butang ‘cetak’ agar slip tersebut boleh dijadikan rujukan sekiranya bayaran anda tidak masuk sewaktu hari pembayaran.

Kepada mereka yang mengisi secara luar talian, borang kemaskini BRIM boleh didapati di

Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
Jabatan Pembangunan Persekutuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Ketua kampung dan wakil rakyat di daerah masing-masing

Selepas siap mengisi borang kemaskini, sila serahkan borang tersebut ke pusat UTC berdekatan. Alamat LDHN mengikut negeri boleh dirujuk di sini. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui talian bebas tol 1800-88-2716.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *