Category Archives: Uncategorized

BRIM 2017 online dilaras semula

Sementara jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 2017 telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 tahun ini, ahli ekonomi dan aktivitis merasakan pemberian BRIM perlu dilaras semula untuk memastikannya memenuhi tujuan mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup. Memandangkan ianya akan menjadi urusan tahunan dan jumlah pembayaran akan meningkat beberapa tahun akan datang, ianya wajar bagi kerajaan memperhalusi cara yang digunakan, kata pengarah eksekutif Institut Kajian dan Pembangunan Sosio- Ekonomi (Institut SEDAR) Ivanpal S. Grewal.

“Mungkin mereka boleh melihat pada pembayaran berkala, contohnya setiap tiga atau empat bulan,” beritahunya pada Bernama. Menyebut satu contoh, jika online BRIM dinaikkan kepada RM1,200 setiap tahun pada masa akan datang, ini bermaksud pembayaran sebanyak RM100 setiap bulan bagi isi rumah yang layak.

Continue reading

Kenaikan jumlah bantuan BRIM (5.0) tahun 2017

Rancangan untuk mengedarkan bentuk baru BRIM telah diuar-uarkan oleh pelbagai pihak lantaran ianya dapat membantu menyelesaikan “kelopongan” dalam pembahagian wang tunai sedia kini. Penganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ismail Sualman berkata rujukan yang berpotensi daripada pemberian wang kepada setem makanan atau kad khas sudah pastinya dapat memperbaiki sistem. “Saya rasa kerajaan sedang berusaha menyelesaikan beberapa kelemahan yang mungkin berlaku sewaktu pembahagian bantuan kewangan BRIM,” katanya apabila dihubungi. Antara kelemahan tersebut, menurutnya, ialah sistem pengesahan yang tidak cekap dan pemberian wang kepada individu yang tidak layak. Ismail berkata beliau lebih gemar jika kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem kad khas daripada setem makanan.

“Setem makanan tersebut mungkin terhad kepada sebahagian barang yang mungkin tidak diperlukan penerima,” tambahnya. Di Amerika Syarikat juga ada program setem makanan yang serupa dikenali sebagai Supplemental Nutrition Assistance Program (SNAP) yang memberikan bantuan pembelian makanan kepada golongan berpendapatan rendah dan yang tiada pendapatan. Akan tetapi, setem tersebut hanya boleh digunakan untuk membeli buah-buahan, sayur- sayuran, roti, bijirin, produk tenusu, daging, ikan dan ayam. Semalam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata kerajaan sedang mencari kaedah baru untuk memberikan bantuan BRIM 5.0 2017, berkemungkinan ianya dalam bentuk setem makanan atau MyKad untuk pembelian barangan runcit dan barangan isi rumah. Ini,katanya, adalah untuk memastikan supaya bantuan boleh diberikan secara sama rata sepanjang tahun.

Continue reading

Penerima BRIM bakal terima Digital TV

Penerima BRIM 2017 akan menerima televisyen digital secara percuma. Televisyen digital terestrial (DTT) tersebut akan dapat dinikmati 2 milion penerima BRIM, di mana mereka akan dapat menikmati siaran berdefinisi tinggi (HD) dan siaran tempatan percuma (FTA) apabila set dekoder diagihkan bermula Januari ini.

“Set dekoder tersebut kemudiannya akan dijual kepada pelanggan yang melanggan rancangan tempatan percuma, dan mungkin hanya berharga ratusan ringgit sahaja” kata timbalan pengurus projek Puncak Semangat Sdn Bhd, Mohamed Redzwan Yahya kepada pihak media.

Continue reading

Kemaskini BRIM 2017

Kemaskini BRIM 2017

Kemaskini BRIM 2017 boleh dilakukan secara atas talian biarpun sistem ini perlukan ruang untuk diperbaiki. Sejak tahun 2013 sehingga ke tahun ini, tahun 2017, pihak berkuasa semakin cekap dalam mengendali pengguna yang membuat kemaskini BRIM mereka secara atas talian. Seperti yang diingati beberapa tahun yang lepas, laman sesawang BRIM begitu lambat dan tidak boleh diakses akibat orang ramai melayari laman tersebut secara serentak.

Pemohon yang sudah menerima BRIM tidak perlu membuat kemaskini tetapi dinasihatkan untuk log masuk ke dalam sistem untuk menyemak semula nombor akaun bank dan alamat rumah. Pemohon yang baharu perlu memberikan nombor akaun bank untuk menerima wang bantuan tersebut. Continue reading

Bayaran BRIM bulanan tingkatkan nilai Ringgit

 

Mekanisme baharu BRIM akan menambah nilai ringgit penerima, kata Ahmad Husni Menteri Kewangan II. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan merancang untuk memperbaiki mekanisme pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi ‘menambah nilai ringgit’ kepada penerima.

“Cadangan telah dihantar kepada kabinet. Kami masih belum menerima apa-apa keputusan. Berkemungkinan besar kita akan bertukar kepada sistem baru tetapi ini bergantung kepada kelulusan kabinet,” beritahunya kepada wartawan setelah hadir sebagai tetamu di Radio PerakFM. Beliau berkata mekanisme baru ini akan memastikan pengagihan BRIM ini dibuat secara berperingkat-peringkat, sama ada suku tahun atau bulanan.

Continue reading