BRIM 2017 : semakan kelayakan eKasih

Semakan kelayakan eKasih bagi BRIM 2017

Semakan kelayakan eKasih bagi BRIM 2017 boleh dibuat atas talian namun masih ramai yang keliru sama ada mereka berada dalam senarai eKasih atau tidak.

Kerajaan telah memperkenalkan suatu kategori baharu dalam BRIM, iaitu sejumlah RM1050 akan diberi kepada individu atau keluarga yang merupakan ahli aktif dalam program eKasih.

Apa itu eKasih

eKasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mempunyai pangkalan maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi-agensi pemberi bantuan.

Bagaimana individu boleh mendaftar?

Melalui pendaftaran terbuka eKasih, individu yang ingin mendaftar boleh merujuk Pejabat Daerah atau Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Persekutuan (JPP/PPPN).

Semakan kelayakan

Lawati laman ini dan masukkan IC anda. Sistem membenarkan sesiapa sahaja yang merupakan ahli kepada suatu keluarga, maka sebagai anak-anak anda juga boleh menggunakan IC anda untuk membantu ibubapa membuat semakan tanpa maklumat log masuk. Dengan mengetahui kelayakan ini akan membolehkan keluarga melayakkan diri untuk menerima jumlah BRIM yang lebih tinggi.

Sekiranya anda layak, anda akan mendapat keputusan seperti gambar di bawah :

Maksud KIR dan AIR

Ketua Isi Rumah (KIR) adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal.Ahli Isi Rumah (AIR) adalah mereka yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.

Kepada yang layak tetapi masih belum memohon eKasih dipersilakan untuk mengambil inisiatif untuk berbuat demikian, kerana bantuan oleh kerajaan ini tertumpu kepada golongan ini. Hal ini dapat dilihat dalam pembayaran BRIM tahun 2017, di mana mereka diberi bantuan kewangan setinggi RM1050. Sekiranya terdapat perubahan maklumat, sila ke laman BRIM untuk membuat kemaskini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *