BRIM 2017 : 22 Febuari akan dapat duit

Pengumuman yang dilakukan awal bulan ini bahawa BRIM 2017 akan dibayar 18 Febuari 2017 sebenarnya dituju kepada penerima voucher sahaja. Ramai yang berasa kecewa duit bantuan tidak kelihatan dalam bank mereka. Terdapat lagi segelintir pemohon, status mereka masih menunjukkan ‘dalam proses’.

Pembayaran BRIM 2017 kelompok 1/fasa 1 akan dibayar pada hari Rabu, 22 Febuari kepada mereka yang memberi nombor akaun bank. Walaubagaimanapun penerima yang terima voucher sepatutnya boleh menunaikan wang mereka lebih awal di BSN kerana mereka sudahpun menerima voucher mereka melalui kiriman pos ke alamat rumah.

Setakat ini lebih 5 juta permohonan telahpun diluluskan. Jangan risau sekiranya status permohonan anda masih menunjukkan ‘dalam proces’ kerana melalui pengumunan Perdana Menteri, pengendalian 3 juta pemohon masih berlangsung.

brim lambat masuk

InshaAllah mulai 22 Febuari, BRIM akan dibayar ke dalam bank masing-masing. Menurut penerima-penerima yang sedia ada, mereka memberitahu kami bahawa tidak kesemua penerima akan menerima duit secara serentak, ia amat bergantung kepada jenis bank..

Bagaimanapun kami berharap semua bank sepatutnya siap membayar selewat-lewat akhir bulan Febuari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *