Bayaran BRIM bulanan tingkatkan nilai Ringgit

 

Mekanisme baharu BRIM akan menambah nilai ringgit penerima, kata Ahmad Husni Menteri Kewangan II. Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan merancang untuk memperbaiki mekanisme pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi ‘menambah nilai ringgit’ kepada penerima.

“Cadangan telah dihantar kepada kabinet. Kami masih belum menerima apa-apa keputusan. Berkemungkinan besar kita akan bertukar kepada sistem baru tetapi ini bergantung kepada kelulusan kabinet,” beritahunya kepada wartawan setelah hadir sebagai tetamu di Radio PerakFM. Beliau berkata mekanisme baru ini akan memastikan pengagihan BRIM ini dibuat secara berperingkat-peringkat, sama ada suku tahun atau bulanan.

“Jika kita berikan BRIM secara sekali gus, penerima mungkin akan membelanjakan kesemuanya sekali terus. Namun, jika kita membayarnya secara berperingkat suku tahun atau bulanan, penerima dapat memanfaatkan perbelanjaan untuk tempoh lebih panjang,” katanya. Beliau mengulang bahawa BRIM telah diperkenalkan untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.

“Kami telah menjalankan kajian dan mendapati bahawa penggabungan fiskal boleh diperkukuhkan. Bagi kami untuk mengukuhkan penggabungan fiskal, salah satu aspeknya ialah kita boleh sifarkan subsidi,” katanya. Beliau menekankan bahawa semua orang termasuk mereka yang tidak memerlukan bantuan kerajaan berpeluang untuk menggunakan subsidi. “Jika kita merasionalisasikan subsidi kita akan mempunyai simpanan, siapakah yang selayaknya mendapat subsidi? Katakanlah, mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sepatutnya menikmati subsidi, jadi kita pindahkannya kepada mereka. Kita menggunakan BRIM sebagai wadahnya.

“Kami juga sedang merasionalisasikan subsidi untuk RON95. Kami ada modelnya dan akan membentangnya di hadapan jawatankuasa atas dasar fiskal dan menetapkan pengurangan subsidi. Kemungkinan besar ianya akan dibuat secara beransur-ansur,” katanya. Menurutnya, kajian pada RON95 mendedahkan subsidi sebanyak RM14 bilion. “Jika rasionalisasi subsidi RON95 dilaksanakan, kerajaan mempunyai simpanan RM14 bilion. Setelah ditolak dengan jumlah BRIM, kita masih lagi ada RM4 bilion untuk digunakan dalam pembangunan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *